Migaloo di perairan New South Wales

Iklan
Cara terbaik untuk menyaksikannya adalah dengan pergi ke kawasan tanjung dan memakai teropong. - Foto ABC

TOWNSVILLE - Ikan paus putih atau lebih dikenali sebagai Migaloo telah dilihat di Pantai Selatan New South Wales semasa penghijrahan tahunannya yang bergerak dari Antartika ke Queensland.

Lapor ABC, Migaloo pertama kali dilihat pada tahun 1991 di Teluk Byron dan ia merupakan ikan paus putih pertama yang didokumentasikan di dunia. Paus itu diberi nama ‘white fella’ dan dijangka berusia 3 hingga 5 tahun pada ketika itu.

Iklan
Iklan

Penghijrahan itu ikan paus putih disaksikan oleh tenaga pengajar, Ross Contanzo dan Kym Machin.

"Kami melihat beberapa ekor paus namun kami berjaya melihatnya antara kawasan Crescent dan Hat Head lalu berenang ke South West Rocks.

Paparan Twitter Jessica berkongsi beberapa gambar Migaloo.

Iklan

"Saya dan Kym cukup yakin bahawa ikan paus yang kami lihat itu merupakan Migaloo yang terkenal namun kami bukanlah pakar dalam bidang berkaitan ikan paus," katanya.

Selain itu, ia turut disaksikan di Port Macquarie’s Tracking Point oleh Leigh Mansfield selaku pengurus penyelamat untuk Organisasi Penyelamatan dan Penyelidikan Cetacea di Australia (ORRCA).

Iklan

Migaloo adalah salah seekor daripada 40,000 ikan paus Humpback yang unik kerana berwarna putih.

Justeru, ia membuatkan orang ramai yang bertuah melihatnya berasa sangat teruja dan mula meramalkan pergerakannya.

Pakar pemerhati ikan paus menjangkakan bahawa Migaloo akan tiba di Sydney dan juga di Teluk Byron.

Cara terbaik untuk menyaksikannya adalah dengan pergi ke kawasan tanjung dan memakai teropong.

Migaloo dilindungi di bawah undang-undang Queensland dan Komanwel, yang menyatakan bahawa tidak ada kapal yang dibenarkan berlayar mendekatinya, lebih kurang jarak antara 500 meter daripadanya.

Jika gagal berbuat demikian, kapal boleh dikenakan denda sehingga $16,500 (RM48,459).