Padah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk

Iklan
Hasan Basri (dua,kanan) melihat seorang pemandu yang melakukan ujian saringan alkohol ketika Op Mabuk itu.

MELAKA TENGAH - Seorang lelaki yang menunggang dalam keadaan mabuk ditahan ketika Op Mabuk di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, awal pagi tadi.

Ketika ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam, lelaki berusia 37 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas Dimamik itu pada mulanya enggan mengaku mengambil minuman beralkohol.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ujian saringan mendapati, paras alkohol dalam badannya mencecah 245 miligram.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, lelaki yang bekerja sebagai penjaga parkir itu memaklumkan dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja di Ujong Pasir.

Hasan Basri

Iklan

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katan kepada pemberita selepas meninjau Ops Mabuk di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata, trend kes pemandu mabuk di Melaka membimbangkan apabila 19 tangkapan direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini manakala 28 tangkapan dilakukan sepanjang tahun lalu.

Iklan

Selain itu, dalam kejadian awal pagi semalam, sebuah kereta peronda polis (MPV) mengalami kerosakan di bahagian pintu setelah kenderaan itu selepas dilanggar seorang lelaki yang cuba lari dalam pemeriksaan polis di Jalan Ujung Pasir.

Hasan berkata, anggotanya terpaksa mengejar kereta jenis Perodua Alza sehingga memasuk ke Jalan Sinn Ujung Pasir dan mengarahkan pemandu kereta itu memberhentikan kenderaan.

"Lelaki berkenaan enggan berbuat demikian dan pasukan MPV polis terpaksa memintas dan menghalang kenderaan itu tetapi pemandu berusia 37 tahun itu bertindak melanggar kenderaan polis.

Penunggang motosikal berusia 37 tahun diuji saringan alkohol menggunakan alat bacaan alkohol sebelum mendapati, paras alkohol dalam badannya mencecah 245 miligram.

"Dalam situasi itu anggota kita telah bertindak pantas mematikan enjin kenderaan itu dan lelaki yang bekerja sebagai jurujual berjaya ditahan.

"Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesanan kandungan alkohol," katanya.

Tambahnya, pemeriksaan tubuh badan suspek serta dalam kenderaan tidak menjumpai sebarang barang salah dan saringan awal air kencing adalah negatif.

"Permohonan reman ke atas akan dipohon di Mahkamah Air Keroh untuk siasatan lanjut.

"Kita akan giat melakukan Op Mabuk bagi memastikan tiada lagi pemabuk dikesan memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes melibatkan pemandu mabuk," katanya.