Utamakan calon Islam: Pas

Iklan
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

CAMERON HIGHLANDS - Pengundi Islam perlu mengutamakan calon Islam berbanding calon bukan Islam sekiranya ada pilihan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu ada dijelaskan dalam al-Quran.

Iklan
Iklan

"Al-Quran pun dah jelaskan isu ini, kalau antara Islam dengan bukan Islam, mestilah pilih orang Islam. Kecuali kalau memang tak ada orang Islam.

"Bila ada orang Islam dan bukan Islam, soalnya bukan menyokong atau menentang. Yang penting ialah prinsip yang dibawa itu tidak bercanggah dengan Islam," katanya kepada media selepas sesi ramah mesra dengan penduduk Kampung Desa Kayangan, Brinchang di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kenyataan pemimpin Amanah, Nik Omar Nik Aziz bahawa tidak salah memilih calon berbeza agama jika calon itu menyokong kerajaan sedia ada yang membawa Islam.

Iklan

Tuan Ibrahim turut menasihati Nik Omar agar jujur dengan ilmunya sendiri dalam isu berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yakin pengundi Pas tiada masalah untuk menyokong calon BN berbanding menerima calon DAP.

"Apatah lagi dengan sikap DAP selama ini terhadap agenda Islam yang kita bawa. Dengan sikap itu, saya fikir lebih mudah (sokong BN).

"Sebab calonnya (BN) pun kebetulan calon Islam dan dari kalangan masyarakat setempat. Pengundi kita boleh terima berbanding calon DAP," katanya.

PH menampilkan M Manogaran sebagai calonnya dalam PRK Cameron Highlands, manakala BN mempertaruhkan calon Orang Asli, Ramli Mohd Nor.

Dua calon lain bertanding atas tiket Bebas iaitu Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib.