SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu secara peribadi memberi bayangan akan berlaku kemerosotan undi bukan Melayu terhadap Pakatan Harapan yang kini dikenali dengan nama PH Plus jika mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
"Ini pendapat peribadi saya dan bukan pandangan parti (DAP), saya melihat undi bukan Melayu sudah kembali kepada PH selepas berlaku ‘rampasan’ kuasa daripada kerajaan sekarang.