Nelayan rugi RM31,111 ditipu scammer

Iklan
Gambar hiasan

KEPALA BATAS - Seorang nelayan kerugian RM31,111 selepas diperdaya oleh sindiket pinjaman wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial.

Mangsa berusia 49 tahun itu dikatakan tertarik dengan iklan pinjaman wang yang dibuat oleh sebuah syarikat berlesen kononnya berdaftar dengan Google, sebelum dia menghubungi ejen bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, selepas proses permohonan dibuat mangsa dimaklumkan wang sebanyak RM100,000 ingin dipinjam telah diluluskan.

Bagaimanapun, mangsa dikehendaki membuat bayaran proses sebelum wang pinjaman itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya.

Iklan

"Mangsa telah masukkan wang bayaran proses pinjaman secara berperingkat dan dia dikatakan telah membuat bayaran proses lulus pinjaman sebanyak RM31,111 ke dalam tujuh akaun bank diberi.

"Mangsa hanya sedar ditipu apabila ejen berkenaan masih meminta dia untuk buat bayaran tambahan dan dia yang mula curiga terus membuat semakan dengan pihak polis serta sedar mangsa rupanya ditipu scammer,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Noorzainy berkata, selepas yakin dirinya sudah terperangkap sindiket penipuan itu, dia kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pelajar kerugian RM1,380 selepas terperdaya dengan sindiket jual beli duit lama.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun itu melihat iklan mengenai jual beli duit lama di media sosial sebelum menghubungi penjual berkenaan.

"Mangsa diminta untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum kononnya akan mendapat keuntungan dalam mata wang USD (dolar Amerika).

"Mangsa kemudian masukkan wang secara berperingkat sebanyak empat kali melibatkan bayaran RM1,380," katanya.

Noorzainy berkata, kedua-dua kes berkenaan sedang disiasat dan beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket pembelian duit lama dan pinjaman yang ditawarkan dalam talian.

"Jangan sesekali mudah percaya dengan iklan pembelian duit lama di media sosial dan internet," katanya.

"Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.