Pengunjung pusat Peranginan Titi Hayun diarah balik

Iklan
Pasukan penguatkuasaan mengikat kembali tali rentang yang dipotong oleh pengunjung.

YAN - Sekumpulan pengunjung yang sedang asyik berkelah dan mandi-manda di Pusat Peranginan Titi Hayun di sini terpaksa beredar apabila diminta meninggalkan kawasan tersebut dengan segera oleh penguat kuasa yang membuat rondaan.

Kumpulan penguat kuasa yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Yan (MDY), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu dilihat menghampiri pengunjung dan memberi nasihat supaya meninggalkan lokasi itu.

Iklan
Iklan

Seorang petugas MDY juga dilihat meletakkan kembali kon yang dialihkan oleh pengunjung di laluan keluar sebagai isyarat pusat peranginan terbabit masih ditutup kepada orang awam.

Seorang pekerja syarikat pembersihan, Safri Harun, 36, berkata, kon dan juga tali rentang di kawasan berkenaan dipasang oleh MDY sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Iklan
Pasukan penguatkuasaan memberi nasihat kepada pengunjung yang datang dan mengarahkan mereka segera pulang.

Katanya, pengunjung mulai datang beriadah di kawasan berkenaan sejak Khamis lalu dan semakin ramai semalam dan hari ini.

"Mereka akan pulang setiap kali penguat kuasa meronda di kawasan ini tetapi akan ada kumpulan lain yang datang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Iklan

Safri memberitahu, dia pernah dimarahi pengunjung kerana melarang mereka memasuki kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung, Suriani Mohamad, 42 berkata, beliau dan keluarga datang dari Padang Serai Kulim untuk beriadah tetapi tidak berniat untuk mandi.

Beberapa penguatkuasa menjalankan tugas masing-masing agar pengunjung segera beredar dari kawasan terbabit.

"Secara kebetulan ramai yang mandi di sini, jadi kami singgah dan hanya bergambar sahaja, Kami takut untuk mandi dan duduk berdekatan orang ramai," katanya yang datang bersama empat anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, setakat ini pusat peranginan di daerah ini masih belum dibuka secara rasmi.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak membawa keluarga terutama kanak-kanak dan golongan yang berisiko melawat ke tempat tersebut.

"Penguat kuasa semua agensi terlibat sentiasa komited menjalankan rondaan di sekitar kawasan tumpuan.

"Mereka terbahagi kepada enam pasukan pematuhan yang ditugaskan untuk memantau di sekitar daerah ini bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gerai jualan juga masih belum beroperasi di sini.

Terdahulu tinjauan Sinar Harian mendapati mendapati pengunjung mulai memasuki ke pusat peranginan berkenaan sejak jam 1 petang melalui laluan keluar yang telah dialihkan kon dan tali rentang.

Selepas laluan ditutup semula oleh penguat kuasa, beberapa kenderaan dilihat terpaksa berpatah balik sebaik tiba di hadapan pintu masuk pusat peranginan terbabit.

Sementara itu, Yang Dipertua MDY, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah berkata, pihak berkuasa tempatan itu perlu meneliti pelaksanaan SOP yang ditetapkan supaya semua pengunjung dapat beriadah dengan lebih selamat.

"Insya-Allah pusat pusat rekreasi tersebut akan dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat dan kita berharap kepada semua yang ingin mengunjungi tempat itu dapat bersabar," katanya.

Pembantu Awam MDY, Mohamad Zamri Abu Hassan meletakkan kembali kon dan tali rentang di laluan keluar yang dialihkan pengunjung untuk masuk ke pusat peranginan berkenaan.