KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas menahan sakit hampir 30 minit akibat tersepit di kerusi pemandu selepas van dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Syed Putra, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, PBK II Zulkifli Nordin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.02 tengah hari dan menghantar jentera dari BBP Hang Tuah serta BBP Pudu ke lokasi kejadian.