Bantuan Prihatin Elektrik bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ALOR SETAR - Bantuan Prihatin Elektrik yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diharap dapat menamatkan keresahan orang ramai yang terbeban dengan kadar bil lebih tinggi daripada purata penggunaan normal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli berkata, ini jelas membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memahami dan mengambil tindakan bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah penyelesaian segera isu bil TNB itu pasti memberi kelegaan kepada berjuta pengguna elektrik.

"Tindakan TNB ini membuktikan kerajaan sekarang prihatin dan menjaga kesejahteraan rakyat selain tidak membiarkan kebajikan mereka diabaikan," katanya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan lulus Bantuan Prihatin Elektrik tambahan RM942 juta

Menurutnya, walaupun dengan memberi elektrik percuma dan diskaun seperti diumumkan, ia menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM1 bilion.

"Namun manfaatnya lebih besar kepada 7.66 juta pengguna domestik seperti Mak Cik Kiah, Pak Salleh, Datuk Lim dan Kak Radziah," katanya.

Iklan

Bantuan Prihatin Elektrik merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan menikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun manakala pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun.

Bantuan ini akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai.