KLANG - Sambutan Aidilfitri secara pandu lalu anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa berlangsung meriah di sini, hari ini.
ADUN Sentosa, G Gunaraj berkata, sambutan Aidilfitri secara pandu lalu itu antara usaha pihaknya bagi meraikan hari lebaran itu dalam suasana gembira tetapi pada masa sama mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih 'bertarung' dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).