KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak mempunyai perancangan untuk menyertai mana-mana gabungan parti dalam masa terdekat, kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata, parti berusia 13 bulan itu masih selesa bergerak sendiri tanpa berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.