'Lelaki pokok' semakin teruk

Iklan
'Kulit kayu' tersebut telah merebak ke bahagian lain tubuhnya.

DHAKA - BANGLADESH. Seorang lelaki Bangladesh digelar 'lelaki pokok' kerana kulit kayu pada tubuhnya kembali semula ke hospital, semalam selepas keadaannya semakin teruk.

Sejak 2016, Abul Bajandar, 28, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang 'kulit kayu' pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital.

Iklan
Iklan

Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun Bajandar melarikan diri dari klinik tanpa memaklumkan kakitangan pada Mei lalu.

"Saya buat silap kerana meninggalkan hospital. Saya cuba mendapatkan rawatan alternatif, namun gagal. Saya kini faham, saya sepatutnya terus tinggal untuk dapatkan rawatan tersebut," katanya.

Iklan

Sementara itu, pakar bedah plastik di hospital itu, Samanta Lal Sen berkata, doktor akan menyambung semula rawatan tersebut tidak lama lagi memandangkan ia telah merebak ke bahagian lain tubuhnya.

"Kini, kami perlu mula dari awal dan lakukan lebih banyak pembedahan," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji untuk memberikan rawatan percuma untuk Bajandar selepas masalah dialaminya mengundang simpati di negara itu.

Dia diberikan kabin peribadi bersama isteri dan anak perempuannya selama hampir dua tahun ketika pusingan pertama rawatannya.

Difahamkan, lelaki tersebut menderita penyakit genetik jarang berlaku, epidermodysplasia verruciformis atau 'sindrom lelaki pokok'. - AFP