Azwanddin tampil beri keterangan

Iklan
Azwanddin bersama penyokongnya sebelum membuat keterangan di IPD Ampang, hari ini.

AMPANG - Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya membabitkan Kementerian Pertahanan.

Azwanddin berkata, polis memanggilnya sejak Jumaat lalu namun tidak dapat hadir ke IPD Ampang berikutan beliau berada di Johor.

"Pada ketika itu saya berada di Johor untuk menghadiri beberapa program di sana, saya berjanji untuk hadir beri keterangan hari ini,” katanya.

"Saya belum tahu siasatan mengikut seksyen apa yang akan dikenakan ke atas diri saya,” katanya.

Khamis lalu Sinar Harian Online melaporkan polis akan memanggil Azwanddin berhubung penulisannya yang tular dengan mendakwa berlakunya kebocoran maklumat dan perkara yang menjejaskan keselamatan dalam Kementerian Pertahanan.



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya mengambil berat berhubung isu itu terutama yang membabitkan keselamatan negara, sensitif serta menjejaskan keharmonian negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Presiden JMM akan dipanggil polis]

Noor Rashid Ibrahim sebelum ini memaklumkan polis akan memanggil sembilan individu termasuk Azwanddin, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy untuk rakam keterangan.

Kesemua sembilan individu dipanggil bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes yang disiasat mengikut Seksyen 504, 505 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan isu sensitif membabitkan agama serta kaum dan mencetuskan ketegangan di negara ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan