KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia hari ini boleh menyaksikan fenomena gerhana matahari separa bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang.
Planetarium Negara dalam satu kenyataan berkata, kemudahan teleskop tidak akan dibuka kepada orang awam atas faktor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Iklan
Iklan
Imej yang dimuat naik di Facebook Planetarium Negara berkaitan gerhana matahari separa.
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena gerhana matahari separa melalui media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara.
"Pada jam 3.57 petang, gerhana matahari separuh akan mencapai litupan maksimum iaitu 10.4 peratus," katanya hari ini.
Iklan
Kenyataan tersebut turut meminta orang ramai supaya tidak melihat ke arah matahari secara terus tanpa penuras yang sesuai.
"Sila gunakan penuras khas," katanya.
Iklan