Awie ziarah Amran Tompel

Iklan
Awie semasa melawat Amran Tompel di rumahnya. Turut kelihatan Adun Paroi, Datuk Mohd Taufek

SEREMBAN -"Ini masa dia, masa kita tak tahu lagi bagaimana," luah artis terkenal, Datuk Awie selepas menziarahi Amran Tompel di kediaman pelawak itu di Taman Matahari Height dekat sini hari ini sempena Syawal.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meluahkan rasa sedih itu apabila melihat keadaan pelakon tersebut yang kini hanya mampu terlantar serta tidak boleh lagi menguruskan diri sendiri akibat strok (angin ahmar).

Iklan
Iklan

Katanya, sebagai insan seni beliau rasa terpanggil untuk bersama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Amran.

"Ini masa dia, masa kita nanti tak tahu macam mana, siapa yang akan datang melawat dan melihat kita nanti pun kita tak tahu. Bagi saya artis dan golongan seni perlu bersatu serta saling membantu antara satu sama lain. Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak membantu. Masa depan kita tak tentu lagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena ziarah Syawal itu anjuran Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society bersama Adun Paroi, Datuk Mohd Taufek Abd Ghani sempena Misi Kemanusiaan Bantuan Ikhlas Syawal, di rumah Amran Tompel, hari ini.

Kata Awie, beliau bersama kelab motor dan Sayap-Sayap Wings sudah lama melakukan aktiviti kebajikan seperti itu namun secara tertutup.

Iklan
Awie semasa menziarah Amran Tompel hari ini.

Selain melawat rakan artis, beliau juga sering melakukan ziarah di rumah-rumah anak yatim dan tahfiz sebagai salah satu aktiviti amal kebajikan mereka.

"Ini adalah lawatan kedua kami selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sebelum ini kami melawat anak-anak tahfiz, hari ini ziarah abang Amran, selepas ini akan ke rumah Ali XPDC, Hamid Gurkha dan balu Yazed kumpulan Search.

"Aktiviti kebajikan kami sentiasa bergerak. Kita hulurkan sikit sumbangan ikhlas dan melihat keperluan lain yang mereka perlukan pada masa akan datang," kata artis terkenal itu lagi.

Dalam pada itu, anak bongsu Amran, Suhaili, 20, berkata, tahap kesihatan ayahnya semakin menurun pada musim PKP lalu apabila secara tiba-tiba separuh muka dan tubuh pelakon itu menjadi lembik akibat diserang angin ahmar dan 'mild stoke'.

Menurutnya, ayahnya kini tidak mampu menguruskan diri dan kini memakai lampin pakai buang.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Amran Tompel tak fikir mahu berlakon semula

Amran Tompel, 70, atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie terlantar di rumah, sejak tiga bulan lalu.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014 pernah beberapa kali diserang angin ahmar, sebelum diserang kali kedua pada Mac lalu.