PUTRAJAYA - Dua tapak binaan dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan diberikan amaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selepas pemeriksaan di 16 tapak binaan di seluruh Malaysia dilaksanakan semalam.
Iklan
Iklan
"Pemeriksaan tersebut melibatkan 24 pengkuat kuasa dan daripada 16 tapak binaan yang diperiksa tiga tapak binaan mematuhi SOP ditetapkan, manakala dua lagi tidak mematuhi SOP dan diberikan amaran.
"Selain itu, 11 lagi tapak binaan didapati tidak beroperasi," katanya dalam satu kenyataan akhbar Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-96 dan Hari Ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.
Menurutnya, jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam ialah 2,176 tapak binaan dan 421 lagi tidak serta diberikan amaran.
"Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP," katanya.
Artikel Berkaitan