Seludup PATI kerana 'wang haram': KPN

Iklan
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia mendedahkan rangkaian penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) melibatkan banyak pihak termasuk petualang yang membantu sindiket terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, rangkaian sindiket penyeludupan PATI sangat luas termasuk individu yang bersekongkol dengan sindiket itu.

Iklan
Iklan

"Selama ini kita sedar bahawa kegiatan haram ini memang menguntungkan sindiket kerana permintaan khidmat mereka sentiasa tinggi.

"Oleh kerana permintaan yang tinggi maka ramai yang tewas dengan godaan wang haram. Ini termasuk anggota keselamatan, orang kampung, nelayan, pengusaha teksi dan 'prebet sapu',” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN] - 18 anggota pasukan keselamatan disyaki terlibat sindiket jenayah ditahan

Abdul Hamid berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain dalam melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket yang terlibat dengan penyeludupan PATI.

Iklan

"Kita berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, 'transporter' dan pemilik premis yang menempatkan PATI. Tangkapan ini dapat memutuskan aliran masuk PATI melalui lorong tikus," katanya.

Op Benteng dilaksanakan sejak Mei lalu di bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Iklan