Projek pembangunan tergendala akibat Covid-19: Tok Pa

Iklan
Mustapa Mohamed (tengah) melihat perkembangan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) di bandar Kulai, Johor hari ini.

KULAI - Perkembangan projek-projek pembangunan di seluruh negara bagi tahun ini setakat 2 Jun lalu hanya mencapai 34 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi ), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerja-kerja menyiapkan projek itu terjejas dalam tempoh tiga bulan sebelum ini antaranya kerana pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Sebanyak 20 peratus adalah projek-projek dijalankan kerajaan manakala 80 peratus lagi adalah projek-projek pihak swasta. Kita masih ada masa tujuh bulan lagi untuk menyiapkan projek-projek tersebut pada tahun ini.

"Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri akan terus memantau projek-projek ini dari masa ke masa. Pembinaan adalah sektor penting kepada negara dan kita hendak pastikan projek dirancang dapat dilaksana dalam masa ditetapkan," katanya.

Iklan
Mustapa Mohamed (tengah) melihat perkembangan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) di bandar Kulai, Johor hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Iklan

Mustapa berkata, bagi projek yang tidak dapat dimulakan pada tahun ini, kerajaan mengarahkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dipulangkan kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah mengenal pasti sekurang kurangnya RM1.6 bilion melibatkan projek pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan tahun ini daripada keseluruhan RM56 bilion yang dirancang.

"Masalah ini melibatkan tanah atau Surat Setuju Terima (SST) yang tidak dapat dikeluarkan tahun ini. Jadi peruntukan bagi projek yang tidak dapat dimulakan ini akan dipulangkan kepada Kementerian Kewangan," katanya.