Fenomena gerhana matahari cincin

Iklan
Gambar kombinasi menunjukkan fasa fenomena gerhana matahari cincin yang dilihat dari Hong Kong. - Foto AFP

HONG KONG - Penduduk dari barat Afrika ke Semenanjung Arab, India dan Timur Jauh dapat menyaksikan gerhana matahari anulus (cincin) hari ini.

Fenomena dramatik itu berlaku apabila bulan melintasi bumi dan matahari pada jarak tidak terlalu dekat dengan bumi untuk menutup cahaya matahari yang menjadikan ia berbentuk seperti cincin.

Iklan
Iklan

Ia berlaku setiap 12 bulan atau dua tahun dan hanya boleh dilihat dari laluan sempit di seluruh bumi.

Gerhana matahari itu tiba di hemisfera utara yang mengalami solstis musim panas ketika Kutub Utara condong secara tepat ke arah matahari.

Iklan

Fenomena itu pertama kali dilihat di timur laut Republik Congo pada jam 5.56 pagi (waktu tempatan) beberapa minit selepas matahari terbit dan menyebabkan keadaan sekitar menjadi gelap selama seminit dan 22 saat.

Ia kemudiannya melintasi ke Afrika dan Asia dan mencapai gerhana penuh di Uttarakhand, India berhampiran sempadan China-India pada jam 12.10 tengah hari (waktu tempatan).

Iklan

Penjajaran antara bumi, bulan dan matahari itu hanya berlaku selama 38 saat.

Di Nairobi, Afrika Timur, penduduk hanya dapat melihat gerhana matahari separa berikutan keadaan berawan.

Fenomena gerhana matahari penuh dapat dilihat di beberapa lokasi berturut-turut selama hampir empat jam dan lokasi terakhir adalah di Taiwan.

Difahamkan, gerhana matahari sering berlaku kira-kira dua minggu sebelum atau selepas gerhana bulan.

Gerhana bulan dijangka berlaku pada 5 Julai depan dan pemandangan paling jelas adalah di Amerika Utara dan Selatan, selatan Eropah serta Afrika.

Gerhana matahari kedua dijangka berlaku pada 14 Disember depan di Amerika Selatan ketika bulan berada agak hampir dengan bumi. - AFP