Sempadan Sepanyol-Perancis dibuka semula

Iklan
Kenderaan merentasi sempadan Perancis-Sepanyol di La Jonquera selepas sekatan ditarik balik bermula hari ini. - FOTO: AFP

LA JONQUERA - Aliran trafik kembali seperti biasa di sempadan Sepanyol dan Perancis hari ini selepas sekatan akibat ancaman koronavirus (Covid-19) dikuatkuasakan Madrid telah ditarik balik.

Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sachez pada awal bulan lalu memaklumkan mereka akan menamatkan pemeriksaan sempadan dengan kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU).

Iklan
Iklan

Selain itu, rakyat Sepanyol juga dibenarkan untuk melakukan perjalanan merentasi wilayah buat pertama kali sejak lockdown dilaksanakan pada 14 Mac lalu.

"Pagi ini, saya menjadi pelanggan pertama di sebuah kedai di Madrid. Tidak lama selepas itu, kira-kira 10 lagi individu lain turut beratur di belakang saya," kata pesara dari Perpignan yang tinggal berhampiran sempadan Sepanyol, Daniel Angel-Nielleville.

Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa tidak lagi melakukan pemeriksaan bermula tengah malam tadi dan aliran trafik dilaporkan berjalan lancar.

Sebelum ini, Madrid pernah menjadi salah sebuah negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan mencatatkan lebih 28,000 kematian.

Iklan

Semalam pemerintah Sepanyol mengumumkan warga EU dan pemilik pasport bebas zon Schengen dibenarkan memasuki negara itu tanpa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Portugal bagaimanapun menyatakan ia akan terus menutup sempadan dengan Madrid sehingga 1 Julai depan. - AFP