TAWAU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta ahli yang membuat pengisytiharan keluar daripada parti itu supaya memberi nama serta nombor keahlian kepada pengurusan untuk proses penamatan keahlian.
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata, setiausaha PKR negeri sudah diarahkan untuk mengeluarkan satu surat berkaitan perkara itu.