Teruja berlatih jangan sampai abai SOP

Iklan
Roshadi Wahab

PENGENDALI Terengganu II (TFC II), Roshadi Wahab mengingatkan pemainnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di sebalik keterujaan dapat kembali menjalani latihan di padang seperti biasa mulai hari ini.

Katanya, beliau amat memahami kegembiraan anak buahnya apabila dapat kembali bersama rakan-rakan sepasukan selepas tiga bulan terkurung dan mengikuti program latihan sendiri di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Sudah pasti latihan kali ini sangat berbeza kerana pemain masih dilarang bersentuhan antara satu sama lain bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

"Jadi saya harap pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan kembali fokus pada latihan supaya dapat menemui rentak permainan seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Tambah Roshadi, walaupun akan berlaku kesukaran pada awal latihan kerana pelbagai kekangan dan SOP yang perlu dipatuhi, beliau yakin barisan kendaliannya cukup matang dan akan mendapat kembali rentak permainan dalam masa singkat.

TFC ll memulakan cabaran Liga Premier dengan cemerlang pada awal musim ini dengan memenangi kesemua empat perlawanan menentang Selangor 2, Perak II, Kuching FA dan Kelantan United.

Iklan

Kejayaan itu sekali gus meletakkan skuad Penyu di carta teratas liga dengan 12 mata diikuti Kelantan United, sembilan mata. - Bernama