Lari guna kain sarung, langsir

Iklan
Dorfin sedang menunggu perbicaraan yang mungkin membawa hukuman mati.

MATARAM - INDONESIA. Seorang suspek penyeludup dadah warga Perancis meloloskan diri dari penjara Indonesia, menurut polis pada Isnin.

Felix Dorfin, 35, dilaporkan melakukan tindakan nekad di pusat tahanan polis di Pulau Lombok itu, semalam.

Iklan
Iklan

"Dia melarikan diri melalui tingkap tingkat dua pusat tahanan itu menggunakan gergaji dan kain sarung serta langsir yang diikat," kata jurucakap polis Nusa Tenggara Barat, I Komang Suartana.

Pihak berkuasa percaya Dorfin masih berada di Lombok dan gerakan memburunya telah dilancarkan di seluruh pulau tersebut.

Iklan
Iklan

Dia ditahan September lalu ketika membawa beg pakaian mengandungi dadah 4 kilogram termasuk kokain, ekstasi dan amphetamine di lapangan terbang di pulau peranginan berhampiran Bali. - AFP