Jangan sampai tak bayar bil elektrik

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123rf

"KENAPA bil elektrik tinggi sangat ni? Padahal penggunaan elektrik macam biasa saja. Sebelum PKP, bil elektrik rumah saya hanya sekitar RM200 hingga RM300, namun saya terkejut apabila bil bagi Jun mencecah hampir RM1,000!"

Itulah luahan rakyat Malaysia seminggu dua ini mengenai bil elektrik. Rata-rata meluahkannya di media sosial. Sasaran kemarahan sudah tentu dihalakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), penyedia tunggal bekalan elektrik dalam negara ini.

Iklan
Iklan

Pengguna mendakwa kononnya penggunaan seperti biasa. Tapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang masa. Buat kerja pun dari rumah. Komputer, penyaman udara, kipas dan dan sebagainya terpasang hampir 24 jam. Kena pula cuaca panas sekarang ini.

Telefon bimbit atau gajet lain perlu dicas. Sebelum ini mungkin cas di pejabat saja. Ibu-ibu pula rajin memasak di rumah dan memcuba pelbagai resipi baru. Secara tak langsung semua ini meningkatkan penggunaan elektrik.

Iklan

Ketika guna elektrik memang tidak sedar. Bila dapat bil baru tersedak dibuatnya! Merak Jalanan dapati ramai yang membuat kesimpulan sendiri. Isu ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, bahkan di seluruh dunia ketika penularan wabak Covid-19.

Apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta dan dinikmati oleh kira-kira 7.66 juta pengguna yang antara lain menawarkan potongan bil elektrik pengguna selama tiga bulan.

Iklan

Merak Jalanan yakin ramai yang menaik nafas lega. Sama ada jumlah potongan itu cukup atau tidak, namun yang penting ia amat membantu khususnya mereka yang terjejas pendapatan dalam tempoh PKP. Paling penting, menteri juga mengumumkan TNB juga tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September.

Pengguna tidak perlu risau lagi. Selain itu, tiada caj lewat bayar dikenakan sehingga 30 September ini. Pengguna juga ditawarkan pilihan untuk menyelesaikan bayaran bil elektrik tertunggak secara ansuran sehingga 31 Disember.

Selepas ini bolehlah kurangkan penggunaan elektrik di rumah. Mana-mana barang elektrik yang tidak perlu atau tidak digunakan, bolehlah jual atau derma kepada golongan memerlukan. Bil elektrik kurang, pahala pun dapat.Tapi jangan sampai terlupa hendak bayar bil elektrik.

Kalau bekalan elektrik di rumah kena potong nanti, jangan salahkan orang lain atau bising-bising di media sosial lagi.