BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengenakan sekatan ke atas sembilan warga Rusia rakyat Syria termasuk ketua agensi risikan tentera Moscow, GRU.
Blok itu dalam satu kenyataan memaklumkan sekatan itu termasuk pembekuan aset dan larangan perjalanan ke atas kesemua individu terbabit.
Iklan
Iklan
Langkah itu dibuat selepas EU mendakwa dua agen dan ketua serta timbalan GRU memiliki, membawa dan menggunakan agen saraf yang digunakan dalam serangan ke atas bekas perisik Moscow di Salisbury pada Mac lalu.
"Keputusan ini menyumbang kepada usaha EU untuk menentang penggunaan senjata api yang menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan antarabangsa," menurut blok itu dalam satu kenyataan.
Difahamkan, agen Rusia telah dituduh meracun bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya menggunakan agen saraf, Novichok dibangunkan Kesatuan Soviet. - AFP