Neymar tekad bawa kejuaraan Liga Juara-Juara ke bumi Paris

Iklan
Neymar

BINTANG Paris St Germain (PSG), Neymar memberi amaran kepada pesaing di pentas Liga Juara-Juara bahawa dia bertekad mencipta sejarah bersama gergasi Ligue 1 itu pada baki saingan elit kelab Eropah berkenaan musim ini.

Menurut pemain Brazil itu, dia bersemangat untuk membantu juara Ligue 1 mencipta kejutan sejak 49 tahun penubuhan kelab berpangkalan di ibu kota Paris berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya sudah bersedia dan bersemangat untuk kembali ke padang, semestinya tumpuan saya kini lebih terarah kejuaraan Liga Juara-Juara.

"Kami bakal berdepan percabar terkuat dalam kalangan gergasi Eropah pada pusingan seterusnya namun berbekalkan prestasi dan komitmen pemain PSG pada peringkat kumpulan sebelum ini saya optimis kami mampu mencipta sejarah tersendiri.

Iklan

"Sejujurnya saya amat merindui setiap saingan perlawanan di pentas Liga Juara-Juara. Saya percaya semangat pemain PSG lain pun sebegitu pada ketika ini," katanya.

Pada pusingan 16 terbaik Les Parisiens mengatasi Borussia Dortmund 2-0 untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-2.

Iklan

Kemenangan berkenaan menterbalikkan kekalahan pertama 2-1 kepada Die Borussen di Westfalenstadion pada aksi pertama sebelum itu.

Kejayaan itu membolehkan La Parisiens mara dalam kelompok lapan terakhir buat pertama kali sejak 2016.

Sementara itu, jurulatih kecergasan Brazil, Ricardo Rosa yang membantu Neymar mengekalkan tahap kecergasan pemain berkenaan sepanjang tempoh berkurung akibat pandemik Covid-19 berkata,"Sepanjang tiga bulan memantau sesi latihan Neymar, sememangnya dia mempamerkan keazaman dan komitmen yang cukup tinggi."

Neymar, 28, menjadi pemain termahal dunia apabila menyertai gergasi Ligue 1 itu dengan nilai 222 juta euro (RM1.4 bilion) dari satu lagi gergasi La Liga Barcelona pada 2017.

Bagaimanapun, perpindahan yang dipalit pelbagai kontroversi itu dari Camp Nou ke Parc des Princes tidak berakhir begitu sahaja apabila timbul desas-desus terbaharu terdapat usaha membawanya ke Santiago Bernabeu musim depan.

Sepanjang berada di Paris, Neymar menjulang tiga kejuaraan Ligue 1 bersama dengan La Parisiens.