Anjur majlis perkahwinan, MKN mesyuarat esok

Iklan
Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan sebelum mengumumkan keputusannya lusa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Perbincangan esok bukan sahaja dari segi kebenaran tetapi juga prosedur operasi standard (SOP).

"Kita bincang dari segi jumlah kehadiran, adakah setakat 250 orang atau pun mungkin lebih lagi," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan meneliti pelaksanaan solat Jumaat dua sesi seperti yang dilaksanakan di Singapura.

"Setakat ini, kita benarkan solat Jumaat diadakan satu pertiga daripada kapasiti masjid.

Iklan

"Sama ada dua sesi dibolehkan, maknanya satu pertiga sesi pertama, satu pertiga lagi sesi kedua, perkara ini saya percaya akan diteliti. Kalau ada keputusan kita akan umumkan," katanya.

Mengenai pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan pasangan dan anak kepada rakyat Malaysia yang bukan warganegara untuk pulang ke negara ini dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.

"Kita meminta mereka memohon daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu, saya nasihatkan jangan terbang balik sebelum dapat kelulusan.

"Ini untuk elak ‘stranded’ di airport tak boleh keluar atau mereka terpaksa balik ke negara tempat tinggal mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan keadaan kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke sekolah yang akan dibuka semula Rabu ini.

"Hanya anak yang sihat dan tidak bergejala dihantar ke sekolah, anak mesti patuhi SOP ditetapkan dan mereka juga perlu jaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap dan kalau boleh digalakkan untuk pakai penutup mulut dan hidung,” katanya.

Sementara itu, seramai 977 pendatang asing tanpa izin dan 161 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.

"Seramai 36 individu ditahan kerana disyaki penyeludup serta 26 buah kapal

"Selain itu, seramai 97 individu ditahan atas kesalahan ingkar PKPP semalam. Jumlah kumulatif tapak pembinaan yang mematuhi SOP setakat ini ialah 2,186 manakala 421 tapak pembinaan tidak patuh SOP dan sudah diberi amaran. - Bernama