UMNO Tanah Merah digantung

Iklan
Gambar kecil: Ahmad Jazlan

TANAH MERAH - UMNO Tanah Merah digantung berkuat kuasa 16 Jun selepas diputuskan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi pada hari yang sama.

Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Iklan
Iklan

"Ya betul, memang UMNO Tanah Merah digantung seketika. Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Jazlan tidak menyatakan sebab penggantungan tersebut berlaku namun sumber Sinar Harian mengatakan ia melibatkan isu dalaman UMNO bahagian itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan juga memberitahu, parti itu sepatutnya diuruskan oleh kepimpinan parti sendiri bukan pemimpin dari parti lain.

"Pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab dan amanah pada parti bukannya dicatur oleh orang lain dari parti lain," katanya.

Iklan

Sebelum ini, UMNO Tanah Merah diketuai oleh Ahli Parlimennya, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz namun pemimpin itu menyertai Bersatu semasa peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan.