TAOYUN - Jumlah ketibaan di lapangan terbang terbesar di Taiwan meningkat mendadak pada Isnin, hari pertama Taiwan membuka pintu kepada pelancong perniagaan dari negara dan kawasan tertentu.
Menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, 1,475 penumpang dijangka tiba pada Isnin, sementara 643 lagi dijangka berlepas, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan.
Iklan
Iklan
Pusat Kawalan Epidemik Taiwan mengkategorikan 11 negara dan kawasan sebagai berisiko rendah koronavirus (Covid-19) iaitu New Zealand, Australia, Macau, Palau, Fiji, Brunei, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Mongolia dan Bhutan.
Negara berisiko rendah hingga sederhana pula, Korea Selatan, Jepun, Malaysia dan Singapura.
Program bermula pada Isnin itu mewajibkan pelancong perniagaan dari 15 wilayah mendapat kelulusan CECC terlebih dahulu dan menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 yang dilakukan dalam masa tiga hari sebelum berlepas. Mereka juga tidak melakukan perjalanan ke negara lain dalam masa 14 hari semasa ketibaan.
Sejurus tiba di Taiwan, mereka akan dikuarantin selama lima hingga tujuh hari berbanding 14 hari dan tinggal di negara ini sehingga tiga bulan sesuai dengan status visa. -Bernama
Artikel Berkaitan