SUNGAI PETANI - Seorang warga emas ditahan kerana dipercayai melanggar sebuah rumah di Taman Sejati Indah di sini pada jam 2.15 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku apabila pemandu kereta jenis BMW 320i berusia 65 tahun itu gagal mengawal kenderaan dan terbabas ketika melalui lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, kejadian tidak membabitkan kecederaan.
"Pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan tidak mabuk walaupun minum minuman keras dan kandungan alkohol berada pada paras dibenarkan memandu," katanya.
Iklan
Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Lokasi kejadian yang membabitkan warga emas terbabas dan melanggar sebuah rumah.
Iklan