KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 62 peratus kepada 22,960 unit pada Mei 2020 daripada 60,760 unit pada bulan sama tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jumlah jualan yang rendah itu berikutan sentimen pengguna yang berhati-hati dan hakikat bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang hanya menyambung semula pendaftaran kereta penumpang baharu bermula 13 Mei.