SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap tiada pihak atau syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan menekan harga terhadap pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, semua pihak masih melalui saat sukar dan tiada sebab untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan.