SPRM kemuka rayuan kes lucut hak RM194 juta

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM194 juta didakwa berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM berkata, permohonan rayuan akan difailkan oleh pihak pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara terhadap empat entiti iaitu UMNO, Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

"Tempoh rayuan yang diberikan adalah dua minggu dari tarikh keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Jun lalu, UMNO, Wanita MCA serta dua pihak lagi kekal memiliki semula wang berjumlah RM194 juta yang disita sebelum ini berhubung skandal 1MDB.

Iklan

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang sebelumnya menolak saman perlucutan hak terhadap UMNO, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Sementara itu, pada 7 Februari lalu, mahkamah menolak saman perlucutan hak oleh kerajaan terhadap UMNO, Wanita MCA, Perano dan Binsabi untuk mendapatkan wang berjumlah RM194 juta yang didakwa dari 1MDB.

Iklan

Pihak pendakwaan menuntut melucutkan wang RM192 juta dari UMNO, RM300,000 dari Wanita MCA, RM337,634,78 dari Perano dan RM777,250 dari Binsabi.

Namun pihak pendakwaan memohon penangguhan bagi mengelakkan wang tersebut dikembalikan kepada keempat-empat responden sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.