PEKAN - Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang meminta pengundi menyokong calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kempen berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa, malah langsung tidak menggugat BN untuk terus mendekati pengundi.
"BN akan berterus mendekati rakyat tanpa mengira siapa lawan dalam PRK Chini.
"Apa yang penting adalah kita berusaha untuk menang dengan majoriti lebih," katanya ketika ditemui pada program ziarah sempena PRK DUN Chini di Kampung Salong di sini hari ini.
Semalam, Dr Mahathir menggesa pengundi PRK DUN Chini menyokong calon Bebas, Tengku Zainul Hisham menerusi satu video yang tular di media sosial.
Dr Mahathir berpendapat, Tengku Zainul amat sesuai menggantikan penyandang asal walaupun bertanding sebagai calon Bebas pada PRK berkenaan.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, selain kempen secara bersemuka, BN akan berkempen menggunakan platform media sosial sebaiknya.
"Kita tahu pada PRK kali ini semua pergerakan adalah terhad.
"Jadi BN juga akan maksimum menggunakan media sosial untuk berkempen," katanya.
Beliau turut berpuas hati dengan jentera BN yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khas semasa berkempen sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, malah, calon BN, Mohd Sharim Md Zain juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
"Kempen calon BN berjalan seperti biasa dan kita patuhi SOP dan kempen secara sihat. Setakat ini, nampak tidak ada masalah sangat.
"Beliau akan terus bergerak sepertimana yang telah diarahkan oleh SPR. Kita tidak buat kempen secara besar-besaran di mana maksimum hanya 250 orang,” katanya.