Awas beli motosikal terpakai!

Iklan
Abd Rozak (tengah) menunjukkan motosikal yang dirampas menerusi Ops Lejang.

PASIR PUTEH - Orang ramai diminta berhati-hati membeli motosikal terpakai yang ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah daripada nilai semasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abd Rozak Muhamad berkata, status motosikal itu sendiri perlu diperiksa bagi mengelak risiko ditangkap jika ianya motosikal curi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ops Lejang di sini minggu lepas menyaksikan tiga lelaki berusia dari 12 hingga 30 tahun ditangkap di Kampung Permatang Rambai.

"Kita merampas enam motosikal jenis Yamaha RXZ, satu Honda C70, tiga enjin dan dua kulit motosikal yang dipercayai dicuri.

Iklan

"Nombor enjin dan nombor casis diganggu, kita percaya mereka memperbaharui motosikal sebelum dijual,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Abd Rozak berkata, hasil tangkapan itu membawa kepada penangkapan dua lagi lelaki berusia 21 dan 23 tahun yang dipercayai pemilik salah satu kenderaan yang dirampas.

Iklan

Katanya, polis difahamkan motosikal berkenaan dijual dengan harga antara RM2,000 hingga RM5,000 untuk dibaik pulih.

"Kita percaya dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal di daerah ini dengan penangkapan lima suspek tersebut.

"Kita juga masih menyiasat kemungkinan ada lagi individu yang terlibat dalam aktiviti berkaitan selain meminta orang ramai terus menyalurkan maklumat,” katanya.

Katanya, salah seorang daripada lima suspek positif dadah jenis metamphetamine yang akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, kesemua suspek masih direman untuk disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.