BEIJING - China hari ini berjaya meletakkan satelit terakhir rangkaian navigasi Beidou di orbit, yang akan bersaing dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) milik Amerika Syarikat (AS).
Misi tersebut yang pada awalnya ditetapkan pada 16 Jun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana masalah teknikal yang dikesan semasa ujian pra-pelancaran roket pembawa Long March-3B.