HARLEM, Manhattan - Seorang lelaki gelandangan yang tidur di tepi sebuah bangunan di Harlem terkena percikan bunga api dan melecur, kata polis pada 22 Jun lalu.
Menurut portal berita WPIX pada 23 Jun lepas, satu video menunjukkan terdapat seseorang telah melemparkan bunga api ke arah lelaki berkenaan yang kelihatan tidak ada tempat tinggal.
Bunga api itu kemudian meletup ketika ia mengenai tubuh badannya.
Seorang jurucakap polis berkata, mereka menerima satu panggilan telefon pada kira-kira pukul 4 petang pada Isnin lalu dekat 62 Lenox Ave di Harlem.
Beberapa pegawai kemudian menemui lelaki berkenaan, 68, yang cedera akibat melecur kecil.
Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Detektif-detektif berkata, sejak video lelaki tersebut tular di media sosial, mereka menggunakannya untuk membantu memburu suspek.
Setakat ini tiada tangkap telah dibuat. - Agensi