Keputusan bijak hadkan jemaah haji tahun ini

Iklan
Beberapa orang membersihkan Kaabah di Makkah, Arab Saudi pada April 2020. - Foto AFP/Getty Image

BADAN tertinggi agama Islam di Arab Saudi yang meluluskan keputusan kerajaan untuk mengehadkan umat Islam yang mengerjakan ibadat haji di negara tersebut adalah bagi tujuan melindungi kesihatan dan keselamatan para jemaah haji.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Saudi pada 23 Jun lalu, Urus Setia Am, Majlis Cendekiawan Kanan mengucapkan terma kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci di Arab Saudi, Raja Salman; Putera Mahkota, Putera Muhamad Salman dan kerajaan negara itu kerana usaha yang telah dilakukan untuk menjaga dua rumah ibadat tersebut serta umat Islam.

Iklan
Iklan

Menurut agensi berita AFP, Arab Saudi akan memberi kebenaran kepada kurang 10,000 jemaah haji yang berada di negara itu untuk menunaikan haji pada tahun ini berbanding kira-kira 2.5 juta tahun lalu.

Imam Al Azhar, Sheikh Al-Tayyeb pula menganggap keputusan itu sebagai bijak yang bertepatan dengan Syariah.

Iklan

Menurutnya, keputusan tersebut juga mengambil kira keselamatan jemaah haji di negara tersebut.

Beliau berkata, keselamatan diri merupakan bahagian paling penting dalam undang-undang Islam.

Iklan

Menurut portal berita Egypt Independent pada 23 Jun lalu berkata, ia menggambarkan keseriusan kepimpinan negara beraja berhubung pandemik Covid-19 terutama cara ia tersebar dengan pantas dan mengancam nyawa orang ramai di mana mereka berada.

Dalam satu kenyataan, Al-Azhar memuji usaha Penjaga Dua Masjid di Arab Saudi iatu Raja Salman dan Putera Mahkotanya, Muhammad Salman menyediakan kemudahan untuk para jemaah dan menjaga mereka dengan selamat.

Sementara itu, Liga Muslim Sedunia turut menngeluarkan satu kenyataan bagi pihak cendekiawan di bawah payung Majlis Tertinggi Liga itu iaitu Majlis Jurisprudens dan Majlis Tertinggi Masjid Sedunia bagi menyokong langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan haji tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia dan Persatuan Cendekiawan Muslim, Sheikh Dr. Muhammad Bin Abdul Karim Al-Issa berkata:"Situasi kecemasan pandemik koronavirus mewakili satu kes pengecualian bahawa syariah perlu mengambil pertimbangan berat dalam usaha untuk menjaga keselamatan para jemaah."

Suasana umat Islam mengerjakan ibadat haji pada tahun 2019. - Foto AFP

Kenyataan itu menambah, pihak Liga Muslim Sedunia telah menghubungi beberapa mufti kanan dan cendekiawan di negara-negara Islam selepas keputusan tersebut dibuat.

Sementara itu, Pejabat Hal Ehwal Haji Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyokong keputusan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji pada tahun ini.

"Keputusan negara beraja itu berpunca daripada langkah-langkah membendung dan berjaga-jaga yang diambil bagi menangani penyebaran pandemik itu dan menjaga supaya semua manusia dilindungi dan selamat daripada risikonya (Covid-19) serta menurut ajamaran Islam dalam menjaga kehidupan (manusia)," kata kenyataan pejabat berkenaan.

UAE merupakan negara yang membuat keputusan tidak mengambil bahagian dalam ibadat haji tahun ini.

Satu keputusan Kabinet UAE pada minggu lalu mengecualikan semua perniagaan berkaitan haji dan umrah daripada dikenakan yuran baharu bermula pada bulan Mac sehingga Disember 2020.

Pada 22 Jun lalu, Arab Saudi melaporkan 3,393 kes baru Covid-10 dan 40 kematian dengan jumlah jangkitan adalah 161,005.

Ketika semua penerbangan domestik disambung semula di Arab Saudi dan perintah berkurung di negara beraja itu dilonggarkan, ia masih menggantung semua penerbangan amtarabangsa.

Para jemaah haji berjalan kaki di sebatang jalan raya di Makkah, Arab Saudi pada 19 Ogos 2018. - Foto AFP

Pegawai-pegawai dari beberapa negara dari Bahrain dan Mesir turut menyokong keputusan tersebut.

Adalah dipercayai pada tahun 1798 tentera Napoleon Bonaparte dari Perancis pernah menceroboh wilayah Asia Barat membuatkan umat Islam berada dalam keadaan tidak selamat untuk pergi ke Makkah bagi mengerjakan haji.

Bagaimanapun, seorang felo di Institut Perkhidmatan Diraja Bersatu di London, Umar Karim berkata, tindakan yang dilakukan oleh Arab Saudi itu merupakan satu pilihan yang selamat.

"Arab Saudi telah memilih pilihan yang selamat yang membenarkannya untuk mengelakkan malu dalam kalangan dunia Muslim ketika memastikan ia tidak dilihat berkompromi dengan kesihatan awam," tambahnya. - Agensi