Hadi Fayyadh lonjak nama Malaysia

Iklan
Hadi Fayyadh bersama Presiden Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada ketika majlis tandatangan kontrak dengan Fagiano Okayama pada Disember 2018.

"INI satu penghormatan buat Malaysia.” Itu reaksi penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak selepas dilantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama.

Perkara itu diumumkan kelab Jepun, Fagiano Okayama lewat petang semalam. Sebagai rekod, Hadi Fayyadh kini memasuki tahun kedua menyertai kelab Divisyen 2 Liga Profesional Jepun (J2) itu selepas mengikat kontrak pada Disember 2018.

Iklan
Iklan

Pelantikan itu adalah satu program kerjasama antara tiga bandar - Okayama, Maniwa, Kibi-Chuo serta kelab Fagiano Okayama bertujuan untuk perkenalkan tempat menarik di sekitar Okayama yang mesra kepada pengunjung Muslim dari Malaysia.

"Memasuki tahun kedua saya di sini, saya merasakan bahawa bandar Okayama semakin mesra kepada pengunjung Muslim terutama dari Malaysia kerana semakin banyak tempat-tempat serta kedai makan yang mesra Muslim dibuka. Ini menjadikan kehidupan saya di sini semakin selesa.

Iklan

"Saya harap lebih ramai pelancong dari Malaysia melawat bandar ini selepas pandemik Covid 19 berakhir nanti untuk mereka merasai keunikan makanan yang halal, pemandangan yang cantik serta keunikan budaya yang menarik untuk kita kaji,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelantikan penyerang berusia 20 tahun itu sudah pasti menjadi satu kebanggaan buat negara memandangkan Hadi merupakan pemain bola sepak Malaysia pertama mendapat pengiktirafan tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Hadi Fayyadh yang sebelum dilantik sebagai duta produk minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult turut melahirkan rasa syukur kerana telah kembali turun ke padang selepas ‘berehat’ lama ekoran pandemik Covid-19.

"Saya gembira kerana telah memulakan sesi latihan saya bersama Fagiano dan menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebelum liga disambung semula pada 27 Jun nanti,” katanya yang meledak satu gol dalam aksi pemanas badan berdepan Sanfrecce Hiroshima baru-baru ini.