SEREMBAN - Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon (dua, kiri) mendengar penerangan daripada pelajar Diploma Teknologi Automotif Muhammad Adib Ahmad Razif (kanan) mengenai membaik pulih enjin kereta semasa meninjau di bengkel kenderaan ketika tinjauan hari pertama pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kolej Vokasional Ampangan hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) Md Fiah Md Jamin (dua, kanan) dan Pengarah Kolej Vokasional Ampangan Sarimen Sapiei (kiri).