BUENOS AIRES - Angka kematian akibat pandemik koronavirus (Covid-19) di Latin Amerika dan Caribbean pada Selasa lalu melepasi 100,000 orang dengan separuh daripadanya berlaku di Brazil, menurut pengiraan AFP berdasarkan perangkaan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Pandemik itu meningkat di seluruh dunia dengan Brazil, Mexico, Peru dan Chile adalah antara negara yang teruk terjejas.