Mahkamah Tinggi benar pindaan pertuduhan terhadap Najib, Arul Kanda

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Arkib

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan pindaan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit yang dihadapi mereka.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas berpuas hati mendengar permohonan semua pihak yang terlibat.

Iklan
Iklan

Selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini, Mohamed Zaini berkata, pihaknya mengambil maklum, pasukan pendakwaan meyakinkan mahkamah, pindaan baharu tidak akan menimbulkan prejudis terhadap tertuduh.

Pertuduhan yang dipinda adalah melibatkan perkataan ‘disediakan’ diubah kepada ‘dimuktamadkan’ dan perkataan ‘semula’ ditambah dalam pertuduhan tersebut.

Iklan

Pindaan sama dibuat terhadap Arul Kanda yang didakwa bersubahat dengan Najib.

Selepas pertuduhan yang dipinda dibaca, kedua-duanya mengekalkan keputusan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Iklan