KUALA KANGSAR - Empat penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ditahan selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Puteri, semalam.
Serbuan pada jam 4 pagi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar itu turut menahan seorang penganggur.