Kerja penyelenggaraan Jambatan Kedua dilanjut hingga esok

Iklan
Jambatan Kedua Pulau Pinang

BAYAN LEPAS - Kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer (KM) 16.0 hingga KM18.0 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi kedua-dua arah dilanjutkan sehingga petang esok.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua laluan itu ditutup bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Iklan
Iklan

"Penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Lencongan laluan di JSAHMS untuk kerja penyelenggaraan

"Oleh itu, laluan kontra (contra lane) akan diaktifkan sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai bagi melancarkan aliran trafik," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, laluan berkenaan ditutup sejak Selasa untuk kerja penyelenggaraan dan dijangka siap pada petang ini.

Iklan
Iklan