Terengganu terima usul tolak ICERD

Iklan
Muhammad Khalil Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan usul menolak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Usul tergempar itu dibentangkan Adun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Pusat dan disokong sebulat suara.

Iklan
Iklan

Muhammad Khalil dalam pembentangan usul itu berkata, isu ini penting kerana membabitkan pencabulan kontrak sosial yang telah dipersetujui semua kaum dan melibatkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Katanya, perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh pelanggaran kedaulatan institusi istana dalam melibatkan perkara berkaitan agama Islam dan hak istimewa Melayu.

Iklan

"Malaysia tiada keperluan untuk menandatangani konvensyen ICERD kerana sudah menunjukkan kepada dunia tentang keunikan formula Malaysia, iaitu kontrak sosial yang telah dimaterai semenjak kemerdekaan.

"Malaysia tidak pernah mengamalkan dasar menindas agama dan bangsa yang lain. Walaupun agama Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain bebas diamalkan. Berteraskan agama Islam, toleransi antara agama dan bangsa telah sebati dengan jiwa orang Melayu," katanya.

Iklan

Menurut Muhammad Khalil, langkah menerima deklarasi ICERD menunjukkan tindakan terdesak Putrajaya tunduk kepada desakan melampau daripada ahli politik yang mewakili kaum tertentu dalam parti pemerintah, sehingga sanggup menceroboh kontrak sosial dan merosakkan kepercayaan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara.

Katanya, beliau mengambil maklum pendirian Pejabat Perdana Menteri untuk tidak akan meratifikasi ICERD pada 23 November lalu namun kenyataan susulan selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri di kalangan menteri kabinet masih lagi kabur dan membimbangkan.

"Dengan ini, saya mengusulkan kepada Dewan yang mulia ini, agar menerima usul ini untuk dirundingkan dan sekaligus menolak sebarang usaha Putrajaya untuk menandatangani ICERD walaupun dengan membuat ratifikasi.

"Ia adalah langkah ke belakang, membahayakan masa depan negara dan boleh mencetuskan keharmonian masyarakat majmuk," katanya.