KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor dan bekas penyelia pejabat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memalsukan tandatangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tujuan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM39,000.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 40 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.45 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Klang, Selangor.