Misteri makhluk gergasi di Tasik Loch Ness

Iklan
Seekor ikan gergasi yang dirakamkan oleh Steve Challice di Tasik Loch Ness, Scotland baru-baru ini. - Foto Facebook/Steve Challice

EDINBURGH - Seorang lelaki Inggeris, Steve Challice dari Southampton, England menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan seekor ikan gergasi menerusi media sosial di Tasik Loch Ness, Scotland baru-baru ini, lapor portal berita 7News pada 23 Jun lalu.

Dia sedang bercuti di Scotland apabila dia merakamkan gambar makhluk seperti ikan itu.

Iklan
Iklan

Bercakap dengan portal berita Daily Record di United Kingdom, Challice berkata, makhluk gergasi itu adalah sekitar 2.5 meter panjang dan dia berada sembilan meter jauhnya ketika gambar tersebut dirakamkan.

"Secara peribadi, saya tahu terdapat kepentingan (terhadap makhluk itu) dan beberapa orang menyatakan ia ialah raksasa tetapi saya tidak mempercayainya," katanya.

Iklan

Dia kemudian merakamkan beberapa keping gambar dan ikan besar tersebut datang ke permukaan air tasik sebelum tenggelam semula.

"Makhluk itu hanya muncul dalam satu rakaman gambar dan secara jujurnya ia (kemunculannya) hanya satu kebetulan," katanya.

Iklan

"Saya perhatikannya buat sementara waktu seperti yang anda lihat pada gambar terakhir dan ia tidak muncul semula," tambahnya.

Challice berkata, pada mulanya dia menganggap ia adalah seekor ikan air tawar.

Bagaimanapun, dia masih tidak pasti tentang identiti ikan tersebut menyebabkannya menyiarkan gambar tersebut di laman Facebook untuk mendapatkan pandangan sesesiapa yang mengenal pasti haiwan tersebut.

"Saya perlu menyatakan saya tidak percaya raksasa Loch Ness dan secara jujurnya saya berpendapat, jika apa pun di sana, terdapat penjelasan logik untuk kebanyakan penemuan.

"Tanggapan saya ialah apa yang saya tangkap itu (gambar) ialah seekor ikan air tawar atau sesuatu yang seperti itu," tambahnya.

Bagaimanapun, beberapa pakar Loch Ness berasa ragu tentang kesahihan gambar tersebut.

Author Roland yang mengendalikan blog Misteri Loch Ness memberitahu akhbar The Mirror bahawa dia berhubung dengan Challice untuk mengesahkan kesahihan gambar tersebut.

"Jika inilah makhluk asli di Loch Ness, pastinya ia berada dalam senarai tiga (makhluk) teratas sepanjang masa," ujarnya.

Namun, Challice berikrar bahawa gambar tersebut adalah asli.

"Saya berpendapat sehingga ke hari ini, ia merupakan ikan yang besar," katanya.

Tasik Loch Ness merupakan tasik air tawar di Tanah Tinggi Scotland sebesar 37 kilometer di barat daya Inverness.

Tasik itu terkenal selepas tersebarnya gambar seekor makhluk raksasa cryptozoological yang juga dikenali sebagai Nessie yang mempunyai bentuk seperti belalai gajah dan kepala seekor dinosaur.

Namun, menurut portal LIve Science, sekeping gambar yang dirakamkan pada tahun 1934 dan disiarkan di sebuah akhbar di London yang menunjukkan imej raksasa itu didapati palsu dan ia sebenarnya diperbuat daripada sebuah kapal selam mainan. - Agensi