Mayat dalam parit

Iklan
Mayat mangsa warga Thailand ditemui mati dalam parit di Jalan Parit Omar, Kampung Bukit Kuching di sini semalam. (Gambar ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki warga Thailand ditemukan mati dalam parit di Jalan Parit Omar, Kampung Bukit Kuching di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.08 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkenaan.

"Mangsa yang berusia lingkungan 40-an ditemui bersama sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Iklan
Iklan

"Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa yang dipercayai mati sejak empat hari lalu dan kemudian menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.