Dominique Da Sylva tidak meletakkan sasaran mengekalkan status penjaring terbanyak Liga Super sebaliknya penyerang import Terengganu FC (TFC) itu mahu lebih fokus kepada misi membantu skuad Penyu meraih lebih banyak kemenangan apabila saingan Liga-Malaysia (Liga-M) bersambung semula pada September depan.
Kata Da Sylva, kejayaannya menjaringkan empat gol ketika menentang Kedah sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 pada Mac lalu adalah petanda positif, namun bukan keutamaan kepadanya pada masa kini.
Iklan
Iklan
"Misi saya adalah untuk membantu TFC memburu kemenangan dalam lapan baki perlawanan liga sekali gus meletakkan TFC dalam kedudukan terbaik liga, jadi untuk itu saya akan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.
"Pada masa ini saya tidak memikirkan status untuk muncul penjaring terbanyak biarpun saya gembira kerana menjaringkan empat gol,” katanya baru-baru ini.
Anak buah Nafuzi Zain kembali menjalani sesi latihan di padang selepas memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bola sepak Malaysia (MFL) bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).