Membangun adiwangsa

Iklan
Ibadah itu bukan dilakukan hanya kerana takut, tetapi juga kerana rasa cinta. - Gambar hiasan internet

SERINGKALI kita menganggap ibadah itu pentasnya hanya mencakup rincian berkait solat, puasa, zakat dan haji semata."Dia-lah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, dan menghendaki kamu memakmurkannya".-Hud:61

Maka oleh yang demikian yang namanya khalifah perlu sedaya upaya memakmurkan persada bumi dalam segenap perilaku. Bahkan dalam langkah manusia adalah manifestasi ibadah yang dituntut oleh agama.

Iklan
Iklan

Logik, fizik, ekonomi, politik, pertahanan dan keamanan, ilmu angkasa dan samudera hatta dalam isu hubungan masyarakat, cinta dan seks juga adalah sebahagian tuntutan ibadah.

Dalam erti kata mudah semua yang tidak dilarang oleh ALLAH dan rasul-Nya adalah ibadah.

Iklan

Ada yang memikirkan ibadah mereka sempurna usai melaksanakan solat lima waktu, berpuasa penuh ketika Ramadan, membayar sejumlah zakat atau dengan mendapatkan"pangkat" haji dan hajah semata.

Walhal ibadah itu bukan hanya dilakukan hanya kerana takut, tetapi juga kerana rasa cinta.

Iklan

Tak kenal maka tak cinta, begitulah perumpamaannya. Seharusnya ibadah yang dilaksanakan perlu dihayati rahsianya, hikmah serta tujuannya.

Bukan selepas usai melakukan solat kita lalu bertindak di luar batas. Atau bersikap bengis dan sombong selepas kita pulang bertawaf di depan Kaabah.

Apakah itu kualiti Muslim yang mahu kita persembahkan kepada seluruh makhluk selama nafas yang diizin oleh Sang Pencipta?

Dalam mendepani dunia yang semakin beraneka pancarobanya, Muslim yang menjadi penduduk mayoritas sesebuah negara, sama ada negara itu Islam, negara sekular hatta republik; visi dan misi mewujudkan sebuah negara yang pilar atau rukunnya adalah Islam cabaran terbesar agar negara itu menjadi bayang-bayang syurga di muka bumi ini.

Bersih, tiada rasuah, sifar kemiskinan, mempunyai masyarakat berilmu yang tidak berdiri dengan sentimen, memajukan diri dan komuniti, nah! inilah ibadah yang harus dibuat oleh yang diutus Tuhan menjadi mukallaf di buminya.

Bukan sewenang-wenang mahu menjatuh hukum neraka dan syurga hanya kerana mahu mengisi perbezaan politik saja.

Jika begitu apakah kita ini benar-benar telah sampai ke tahap maksud masyarakat madani sebenarnya iaitu maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan?

Tujuan kehadiran syariah adalah untuk menciptakan kebaikan dan keadilan. Manusia perlu melakukan kebaikan membatasi agama, mazhab, bangsa dan juga jantina.

Manhaj bukan bersikap memilih kasih dalam melakukan kebaikan perlu dipraktikkan oleh semua yang namanya manusia.

Bukan hanya kepada sesama manusia, malah kepada alam dan juga mahluk-Nya yang lain. Inilah masanya kita selalu dan perlu menyeru agar semua daripada kita mula membangun adiwangsa (bangsa mulia) ALLAH SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan".-Al-'Israq:70Maka oleh yang demikian yang namanya khalifah perlu sedaya upaya memakmurkan persada bumi dalam segenap perilaku. Bahkan dalam langkah manusia adalah manifestasi ibadah yang dituntut oleh agama."

* Penulis ialah mantan Ketua Pemuda Amanah Melaka