Warga asing jadi mangsa pemerdagangan manusia

Iklan
Polis selamatkan warga asing yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah di Taman MBI Desaku Padang Serai, semalam.

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Polis menyelamatkan 28 lelaki warga asing yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah rumah di Taman MBI Desaku Padang Serai, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan di kediaman terbabit lebih kurang jam 2.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 44 tahun terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan seperti Pakistan, Bangladesh dan India itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dalam rumah tersebut.

"Bagaimanapun, seorang lelaki disyaki penjaga berjaya melarikan diri dengan melintas jalan raya Kulim-Baling dan masuk ke kawasan hutan serta meninggalkan sebuah kereta pacuan empat roda semasa serbuan itu.

Iklan
Polis selamatkan warga asing yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah di Taman MBI Desaku Padang Serai, semalam.

"Berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka dipercayai baru tiba dari Kuala Lumpur dan diletakkan di rumah tersebut sebagai tempat penampungan sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata, warga asing berkenaan dipercayai diletakkan di rumah terbabit sebelum dihantar ke tempat lain bagi tujuan pemerdagangan untuk dijadikan buruh paksa.

Iklan

Katanya, pihak polis kini masih mengesan pemilik kenderaan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.